Pembaca sekalian, hari ini aku akan memblog menggunakan Bahasa Malayu Pasar (BMP) yang amat popular dalam kalangan budak-budak Malaysia sekarang! :D
Sebelum aku mula, biarlah aku menjelaskan terlebih dahulu yang aku sebenarnya berjaya mendapat A+ dalam SPM aku baru-baru ini, so tolonglah jangan menilai ke-chim-an bahasa aku melalui blogpost bodoh ini ok? :B
You tau, aku sebenarnya sangat tertempted untuk menggunakan short-cut dalam writing aku, tapi aku pikir, kenapa mahu buat macam itu? Nanti orang yang tak fasih BMP tak faham apa macam mahu buat?
So aku terpaksalah type semua words aku dalam ejaan yang betul.
Tapi yang mendevastatingkan ialah ini: Aku rasa banyak-banyak budak Malaysia sekarang pun sudah terlalu biasa menggunakan BMP dalam daily lives mereka. Tapi soalannya ini: Salahkah?
Setahu aku, aku sudah menggunakan BMP dalam pertuturan aku sejak aku lahir lagi. Bukan sahaja dalam Bahasa Malayu, aku juga fasih berbahasa Inggeris Pasar! Dan Cina Pasar! So apakah aku sebenarnya bodoh?
Tetapi dalam kelas aku sentiasa get highest markah dalam English test, so apa you cakap aku tak pandai berbahasa?
Aku rasa, ada ramai lagi budak-budak Malaysia yang setuju dengan aku, yang berboat sama dengan aku. Tanyalah semua budak yang mendapat A+ dalam SPM mereka, adakah mereka berbahasa baku dalam daily lives mereka, atau berBMP jugak macam aku?
Of course macam aku jugak right? So apahal ada banyak orang-orang tua yang menchastise aku just because pertuturan harian aku tidak seperti yang dalam kertas?
Salahkah?
As long as dalam exam aku boleh score, then semua jadi, kan?
So kalian pembaca, tidak perlu risau, jom kita bersama-sama berBMP, BIP, BCP dan berbahasa Internet sebanyak yang kita mungkin, dan apabila dimarahi kalian golongan yang lebih tua, mari kita sama-sama membaling kertas ujian bahasa kita yang mendisplaykan A+ pada muka mereka!
Ini generasi kita! Kita akan berpower! Jangan mengobstruct the way we are growing up, sebab hari ini, kita adalah lebih berimaginasi, dan lebih cepat dalam mengabsord ilmu, dan pada masa depan, kita akan menjadi lebih terkenal!
Jangan look down on our bahasa, kerana itu jugak merupakan sejenis CIPTAAN you know!
Be proud dengan kita! :B
Hope you enjoyed. lol
Chuz! ;)
No comments:
Post a Comment